BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 9 October 2010

KESAN PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU

Kesan pendudukan jepun boleh dibahagikan kepada beberapa aspek:
POLITIK:
-          Semangat kebangsaan di kalangan penduduk di Tanah Melayu termasuk di Borneo menyemarak apabila Jepun berjaya mengalahkan kuasa Barat dalam Perang Dunia Kedua.
-          Kejayaan Jepun juga memberikan keyakinan kepada orang Asia untuk memperjuangkan kemerdekaan Negara sendiri.
-          Pemikiran penduduk tempatan dipengaruhi slogan-slogan dan propaganda-propaganda untuk menentang penjajah barat.
-          Akhbar Fajar Asia merupakan antara akhbar yang diterbitkan pada masa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Akhbar ini berperanan penting dalam penyebaran propaganda Jepun.
-          Koa Kunrenjo merupakan sebuah Sekolah Latihan Kepimpinan yang ditubuhkan oleh pihak Jepun yang bertujuan untuk menangani masalah kekurangan pegawai awam.
-          Rakyat tempatan berpeluang menjawat jawatan seperti pegawai daerah
-          Kegiatan politik di Tanah Melayu sentiasa diawasi oleh pihak Jepun.
-          Kebebasan bersuara rakyat disekat oleh pihak Jepun.
-          Jepun juga mengharamkan akhbar-akhbar yang mencurigakan.
-          Pejuangan kebangsaan mempunyai haluan yang tidak sama mengikut kaum dengan berpaksikepada Negara asal masing-masing.
-          Jepun bersikap anti-Cina terhadap orang Cina.
-          Parti Komunis Malaya mendapat bantuan daripada pasukan Force 136 dan seterusnya mengasaskan Malayan People’s Anti Japanese army (MPAJA).
-          Negeri-negeri Utara Tanah Melayu diserahkan kepada Thailand.
-          Jepun bertindak kejam ke atas penduduk Tanah Melayu.

EKONOMI:
-          Ekonomi Tanah Melayu merosot.
-          Gaji pegawai dikurangkan.
-          Kadar pengangguran meningkat.
-          Ekonomi kawalan Jepun hanya menguntungkan pihak Jepun dan tidak mendatangkan kebaikan pada penduduk tempatan.
-          Amalan pasaran gelap, rasuah dan kegiatan menyorok barang berlaku di merata-rata tempat.
-          Mata wang “pokok pisang” diperkenalkan. Nilainya rendah kerana dicetak tanpa kawalan. Hal ini menyebabkan berlakunya inflasi.
-          Rakyat hidup menderita kerana bekalan makanan dan barangan keperluan harian dijual dengan harga yang tinggi.
-          Jepun mengenakan catuan makanan terhadap rakyat dan setiap keluarga diberikan kad catuan.

SOSIAL:
-          Jepun mewujudkan pasukan Kempeitai iaitu pasukan polis yang menjalankan tugas pengintipan terhadap mereka yang dianggap salah. Mereka mengamalkan dasar “seksa dahulu kemudian siasat”.

Seorang pesalah India dijatuhkan Hukuman oleh Tentera Jepun
-          Rakyat dikerah menjadi buruh paksa.
-          Rakyat dikerah unutk membina “Jalan Keretapi Maut” sepanjang 724 km di sempadan Thailand yang telah melibatkan lebih daripada 70 ribu orang buruh paksa Tanh Melayu. 1/3 daripada mereka terkorban.
-          Wabak penyakit seperti beri-beri semakin merebak.
Kemusnahan yang berlaku akibat daripada pendudukan Jepun di Tanah Melayu
Kesimpulannya, pendudukan Jepun di Tanah Melayu memberikan pengajaran kepada kita supaya tidak mudah mempercayai kebaikan yang ditawarkan oleh kuasa asing. Kita tidak boleh hanya bergantung pada Negara lain untuk mempertahankan kedaulatan Negara. Kemerdekaan yang kita kecapi sekarang selama 53 tahun harus dipelihara sebaik-baiknya.

Friday 8 October 2010

KEJAYAAN TENTERA JEPUN

Faktor kejayaan Jepun mengalahkan pihak British dan seterusnya berjaya menakluki Tanah Melayu adalah disebabkan seperti berikut:
a)    Perancangan Awal Perang:
-          Jepun menggunakan propaganda untuk mempengaruhi fikiran dan mendapatkan kerjasama penduduk di Tanah Melayu.
-          Aktiviti perisikan dijalankan oleh Jepun di Tanah Melayu untuk mendapatkan maklumat bagi memudahkan serangan.

Tentera-tentera Jepun Memasuki Tanah Melayu
b)   Peranan Kesatuan Melayu Muda (KMM):
-          Penyebaran propaganda Jepun di Tanah Melayu dibantu oleh KMM.
-          Maklumat perisikan tentang Tanah Melayu diberikan oleh KMM.
-          KMM menjadi penunjuk arah semasa kemaraan Jepun.
c)    Kelengkapan Perang Tentera Jepun:
-          Jepun banyak kapal terbang pejuang yang moden seperti “Zero Fighter”.
-          Kereta kebal yang digunakan oleh tentera Jepun sesuai dengan bentuk muka bumi di Tanah Melayu.

Kelengkapan Perang Tentera Jepun
d)    Taktik Serangan Jepun:
-          Pangkalan utama tentera Amerika Syarikat di Asia Pasifik, Pearl Harbour di Hawaii telah dimusnahkan oleh Jepun.
-          Oelh sebab pertahanan utama British tertumpu di Singapura, Jepun memulakan serangan dari utara Tanah Melayu.
Kapal Prince Wales milik pihak British dimusnahkan oleh Tentera Jepun
e)    Semangat Tentera Jepun:
-          Tentera Jepun berjuang untuk kemegahan negara mereka.
-          Semangat Kamikaze membolehkan Jepun mencapai kejayaan, iaitu mereka rela mati demi Maharaja Jepun.
-          Tentera Jepun berpengalaman kerana pernah terlibat dalam Perang China-Jepun.
f)     Pakatan Jepun-Thailand:
-          Jepun diberikan laluan untuk mendarat di Thailand.
-          Sebagai balasannya, Jepun tidak menyerang Thailand.
-          Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah diserahkan oleh Jepun kepada Thailand.
g)    Kelemahan Tentera British:
-          Oleh sebab British lebih menumpukan perhatian kepada peperangan di Eropah, tentera British tidak bersedia untuk menghadapi serangan Jepun di Tanah Melayu.
-          Tentera British kurang terlatih dan kekurangan peralatan perang.
-          Perubahan sikap askar India yang berkhidmat dengan British menyebabkan mereka menjadi anti-British.
-          British hanya menumpukan pertahanannya di Singapura.
Tentera Jepun memasuki Tanah Melayu melalui hutan. Hal ini tidak disedari oleh British


PEMERINTAHAN JEPUN DI TANAH MELAYU

PENGENALAN:

Sebelum kedatangan Jepun, Tanah Melayu diperintah oleh kerajaan British. Menjelang tahun 1941, Jepun memasuki Tanah Melayu dan mengambil alih tampuk pemerintahan yang selama ini dipegang oleh pihak British. Pelbagai bentuk propaganda dan slogan-slogan yang digunakan oleh pihak Jepun untuk mempengaruhi penduduk di Tanah Melayu agar kehadiran mereka diterima. Propaganda-propaganda dan slogan-slogan tersebut termasuklah "Semangat Asia", "Asia untuk orang Asia", dan "Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya".

Bendera Negara Jepun

Slogan dan propaganda ini berunsur antipenjajah Barat dan menonjolkan imej Jepun sebagai penyelamat negara-negara Timur daripada penindasan kuasa-kuasa Barat. Strategi Jepun ini amatlah berkesan sehingga penjajahan Jepun yang menggantikan British tidak begitu dirasakan oleh penduduk Tanah Melayu.


CARA-CARA KEMASUKAN JEPUN KE TANAH MELAYU:

Cara kemasukan Jepun ke Tanah Melayu boleh dilihat melalui dua cara iaitu :
  1. satu pasukan mengikut jalan darat menuju bandar-bandar utama di negeri-negeri pantai barat.
  2. sepasukan lagi menuju ke Pulau Pinang dan meneruskan kemaraan ke selatan mengikut pesisiran pantai barat.




Jentera dan kelengkappan yang digunakan oleh pihak Jepun untuk memasuki Tanah Melayu ialah:

Kapal Perang:
  1. tentera Jepun menggunakan kapal terbang perang untuk menyerang askar British di Tanah Melayu.
  2. kapal terbang peranag ini juga memberikan perlindungan kepada tentera darat Jepun.
Bot:
  1. bot digunakan oleh tentera Jepun untuk mendaratkan tenteranya dari kapal perang yang sukar berlabuh di pantai.
Kereta Kebal:
  1. tentera Jepun berjaya memaksa tentera British berundur dengan kereta kebal penggempur.
  2. kereta kebal kecil yang bersifat ringan dan lebih mudah dikendalikan digunakan oleh tentera Jepun juga.
Basikal:
  1. basikal digunakan untuk melalui jalan yang sempit.
  2. cara ini dapat mempercepatkan perjalanan tanpa disedari oleh askar British.
Anggaran kekuatan tentera Jepun dikatakan merangkumi 80 ribu tentera, 410 buah kapal terbang pejuang, 80 buah kereta kebal dan 100 buah kereta kebal kecil.



KRONOLOGI KEMASUKAN TENTERA JEPUN KE TANAH MELAYU DAN BRONEO:


Peta menunjukkan Kronologi Kemasukan Jepun ke Tanah Melayu

Serangan melalui pesisran pantai barat:

8 DISEMBER 1941:
  1. tentera Jepun mendarat di Singgora dan Pattani.
12 DISEMBER 1941:
  1. dari Singgora dan Pattani, tentera Jepun sampai ke Jitra.
13 DISEMBER 1941:
  1. tentera Jepun bertapak di Alor Setar.
17 DISEMBER 1941:
  1. tentera Jepun mara ke Pulau Pinang .
  2. dari Pulau Pinang, tentera Jepun menuju ke selatan melalui pesisiran pantai dengan menggunakan bot-bot yang dirampas.
10 JANUARI 1942:
  1. tentera Jepun sampai ke Port Swettenham.
21 JANUARI 1942:
  1. tentera Jepun mara ke Batu Pahat.

Serangan melalui darat di negeri-negeri pantai barat:

13 DISEMBER 1941:
  1. tentera Jepun bertapak di Alor Setar.
  2. dari Alor Setar, tentera Jepun menuju ke selatan melalui bandar-bandar utama dengan menggunakan basikal dan kereta kebal.
26 DISEMBER 1941:
  1. tentera Jepun sampai di Ipoh.
7 JANUARI 1942:
  1. tentara Jepun berada di Slim River.
11 JANUARI 1942:
  1. tentera Jepun berjaya menguasai Kuala Lumpur dan ini merupakan kejayaan awal pendudukan tentera Jepun.
16 JANUARI 1942:
  1. tentera Jepun bertapak di Muar.
31 JANUARI 1942:
  1. tentera Jepun sampai ke Johor Bharu

Serangan Jepun melalui jalan darat di negeri-negeri pantai timur:

8 DISEMBER 1941:
  1. tentera Jepun mendarat di Kota Bharu.
31 DISEMBER 1941:
  1. tentera Jepun sampai ke Kuantan.
28 JANUARI 1942:
  1. tentera Jepun berada di Mersing.
31 JANUARI 1942:
  1. tentera Jepun bertemu di Johor Bharu.
15 FEBRUARI 1942:
  1. tentera Jepun menawan Singapura.
  2. dengan penawanan ini, seluruh Tanah Melayu telah jatuh ke tangan tentera Jepun.
Serangan Jepun Di Borneo:

15-17 DISEMBER:
  1. Jepun memasuki Borneo Timur Laut.
1 JANUARI  1942:
  1. Jepun memasuki Labuan.
16 MEI 1942:
  1. Jepun menakluki keseluruhan Borneo.











Selamat Datang...Secangkir Kata, Seindah Bicara...

Assalamualaikum dan Salam Pendidikan...


Blog ini merupakan hasil ilham daripada semua ahli kumpulan. Dengan bertemakan pendidikan dan akademik, blog ini mengetengahkan sebarang bentuk info yang berkaitan dengan sejarah tanah air kita.


Semoga kita sama-sama beroleh manfaat daripada blog ini. Sebarang komen dan cadangan bolehlah dikongsikan bersama di dalam blog ini..


terima kasih...^_^