Faktor kejayaan Jepun mengalahkan pihak British dan seterusnya berjaya menakluki Tanah Melayu adalah disebabkan seperti berikut:
a) Perancangan Awal Perang:
- Jepun menggunakan propaganda untuk mempengaruhi fikiran dan mendapatkan kerjasama penduduk di Tanah Melayu.
- Aktiviti perisikan dijalankan oleh Jepun di Tanah Melayu untuk mendapatkan maklumat bagi memudahkan serangan.
Tentera-tentera Jepun Memasuki Tanah Melayu |
b) Peranan Kesatuan Melayu Muda (KMM):
- Penyebaran propaganda Jepun di Tanah Melayu dibantu oleh KMM.
- Maklumat perisikan tentang Tanah Melayu diberikan oleh KMM.
- KMM menjadi penunjuk arah semasa kemaraan Jepun.
c) Kelengkapan Perang Tentera Jepun:
- Jepun banyak kapal terbang pejuang yang moden seperti “Zero Fighter”.
- Kereta kebal yang digunakan oleh tentera Jepun sesuai dengan bentuk muka bumi di Tanah Melayu.
d) Taktik Serangan Jepun:
Kelengkapan Perang Tentera Jepun |
- Pangkalan utama tentera Amerika Syarikat di Asia Pasifik, Pearl Harbour di Hawaii telah dimusnahkan oleh Jepun.
- Oelh sebab pertahanan utama British tertumpu di Singapura, Jepun memulakan serangan dari utara Tanah Melayu.
e) Semangat Tentera Jepun:
Kapal Prince Wales milik pihak British dimusnahkan oleh Tentera Jepun |
- Tentera Jepun berjuang untuk kemegahan negara mereka.
- Semangat Kamikaze membolehkan Jepun mencapai kejayaan, iaitu mereka rela mati demi Maharaja Jepun.
- Tentera Jepun berpengalaman kerana pernah terlibat dalam Perang China-Jepun.
f) Pakatan Jepun-Thailand:
- Jepun diberikan laluan untuk mendarat di Thailand.
- Sebagai balasannya, Jepun tidak menyerang Thailand.
- Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah diserahkan oleh Jepun kepada Thailand.
g) Kelemahan Tentera British:
- Oleh sebab British lebih menumpukan perhatian kepada peperangan di Eropah, tentera British tidak bersedia untuk menghadapi serangan Jepun di Tanah Melayu.
- Tentera British kurang terlatih dan kekurangan peralatan perang.
- Perubahan sikap askar India yang berkhidmat dengan British menyebabkan mereka menjadi anti-British.
- British hanya menumpukan pertahanannya di Singapura.
0 comments:
Post a Comment